Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kadar penggunaan pengangkutan awam di Malaysia setakat ini hanya sekitar 20 peratus, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke. Foto Bernama

Kadar penggunaan pengangkutan awam di Malaysia hanya 20 peratus – Loke

ByBernama

PETALING JAYA, 5 Jun: Kadar penggunaan pengangkutan awam di Malaysia setakat ini hanya sekitar 20 peratus, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata angka itu masih di bawah sasaran 40 peratus seperti yang digariskan dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019-2030.

“Jadi cabaran kita ialah bagaimana memastikan dasar ini dapat dicapai mengikut apa yang dihasratkan,” katanya ketika ditemui selepas Forum Ilmuwan Malaysia Madani Siri 6 di Menara Prasarana, di sini hari ini.

Forum itu membincangkan topik “Pengangkutan untuk Rakyat: Mengimbangi Antara Kemampuan Rakyat, Kualiti dan Kemampanan Pengangkutan Awam”, yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain Loke, ahli panel lain ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad Mohd Azharuddin Mat Sah serta Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Datuk Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Mengulas lanjut, Loke berkata pelaksanaan inisiatif Road to Rail sedang berjalan secara berfasa dan dijangka memberi impak besar kepada sektor logistik negara.

“Kita memang menggalakkan penggunaan rel. Sebab itu, inisiatif yang ingin kita fokuskan ialah Road to Rail untuk menggalakkan lebih banyak penggunaan rel bagi penghantaran kontena dan barangan.

“Apabila projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) siap kelak, ia akan meningkatkan penggunaan rel untuk penghantaran barangan dan kontena ke Pantai Timur, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pengangkutan darat seperti lori,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan