Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Vaksin

Tiada lagi keperluan kuarantin kepada yang lengkap vaksin

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memutuskan untuk memberi pengecualian kuarantin kepada individu yang telah melengkapkan vaksin COVID-19 apabila tiba di Sarawak.

Keputusan yang berkuatkuasa 16 September ini dibuat setelah menilai situasi COVID-19 di negara.

“Setelah mempertimbangkan peningkatan jumlah individu yang telah melengkapkan vaksinasi di seluruh negara, Kerajaan Sarawak memutuskan individu yang masuk ke negeri ini mendapat pelepasan dari kuarantin bagi individu berstatus ‘lengkap vaksinasi’.

“Mereka hanya perlu memohon dalam EnterSarawak dan mengisi eHealth Declaration Form (eHDF). Seterusnya, sertakan bukti status ‘lengkap vaksinasi’, keputusan RT-PCR NEGATIF (sah untuk 3 hari saja) dan lain-lain maklumat peribadi yang berkaitan,” menurut JPBN Sarawak.

Bagi kanak-kanak dan remaja bawah umur 18 tahun pula, mereka turut diberi pelepasan kuarantin jika memasuki Sarawak bersama penjaga yang telah lengkap vaksin.

Namun, mereka tetap dinasihatkan untuk menjalani pemantauan kendiri selama sepuluh hari.

Sementara itu, bagi individu yang belum divaksin serta belum melengkapkan vaksin, mereka dikehendaki untuk menjalani kuarantin selama sepuluh hari.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan