Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita tempatan di sini mengalami kerugian RM50,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud menerusi laman sosial Facebook. Foto Envato

Akauntan di Sibu rugi RM50,000 terpedaya dengan Gennie

SIBU, 4 Jun: Seorang wanita tempatan di sini mengalami kerugian RM50,000 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud yang dipromosikan melalui laman sosial Facebook.

Mangsa, seorang akauntan berusia lingkungan 50-an, tertarik dengan iklan mengenai kursus dagangan saham di platform Bursa Malaysia yang kononnya menawarkan pembelajaran teknik dagangan dan analisis harian.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, wanita berusia dalam lingkungan 50-an itu pada awalnya telah menekan pautan yang disediakan dan berhubung melalui aplikasi WhatsApp dengan individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Gennie, kononnya ejen syarikat pelaburan terkenal.

Katanya, suspek mendakwa mewakili AHAM Capital dan memperkenalkan satu lagi platform pelaburan bernama Tower Capital Asia (TCA), yang menjanjikan keuntungan tinggi dengan syarat mangsa membayar komisen 15% kepada AHAM Capital.

“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa bersetuju untuk melabur dan membuat tiga transaksi pemindahan wang ke dua akaun tempatan berbeza antara 21 hingga 27 Mei 2025, melibatkan jumlah keseluruhan RM50,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa menyedari sesuatu tidak kena apabila laman web platform tersebut, tcapro.net, memaparkan kononnya keuntungan pelaburannya telah mencecah RM101,372.81, namun wang tersebut tidak boleh dikeluarkan.

“Lebih mencurigakan, mangsa diminta untuk menambah pelaburan sebanyak RM200,000 lagi bagi ‘mengaktifkan’ pengeluaran keuntungan tersebut.

“Merasa tertipu, mangsa segera membuat laporan polis di balai berhampiran semalam (3 Jun).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah beliau.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan