Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan 9,000 anak pokok durian Black Thorn selepas menahan sebuah lori di Jalan Kampung Kedap, Rantau Panjang, semalam. Briged Tenggara PGA Rasmi (FB)

PGA tumpas cubaan seludup anak pokok durian “Black thorn” dan “Monthong”

ByBernama

KOTA BHARU, 4 Jun: Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan kegiatan penyeludupan 9,000 anak pokok durian Black Thorn selepas menahan sebuah lori di Jalan Kampung Kedap, Rantau Panjang, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata hasil pemeriksaan turut menemukan sembilan pokok jenis Cycas dalam lori itu, yang dipercayai diseludup dari Thailand.

“Seorang lelaki warga tempatan berusia 26 tahun dipercayai menjadi penghantar turut ditahan. Nilai rampasan dianggarkan RM1.05 juta, termasuk lori dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Nik Ros Azhan berkata Batalion 9 PGA turut merampas sebanyak 350 anak pokok durian Monthong selepas menahan sebuah lori di Kampung Lubuk Gong pada Isnin lepas.

Beliau berkata seorang lelaki warga tempatan berusia 35 tahun turut ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan