Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Ding Kuong Hiing bersama ahli menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun SUPP Cawangan Bintangor Ke-66 pada Rabu. Foto SUPP Bintangor.

SUPP Bintangor perhebat program turun padang dekati rakyat

BINTANGOR, 4 Jun: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintangor komited mempergiatkan program turun padang dalam usaha menyantuni rakyat serta memastikan keperluan mereka sentiasa terbela.

Pengerusinya, Datuk Ding Kuong Hiing berkata, beliau amat menghargai kerjasama erat semua ahli parti yang sentiasa bersedia menangani sebarang isu yang timbul di kawasan.

“Pada masa yang sama pelbagai program juga akan dilaksanakan tahun ini melalui Pergerakan Wanita dan Pemuda.

“Antaranya Larian Hari Sarawak serta Pertandingan Mewarna Kanak-kanak sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun SUPP Cawangan Bintangor Ke-66 di sini, hari ini.

Tambahnya, program ‘Mobile Service To U’ akan terus dilaksanakan secara berkala setiap bulan di rumah panjang dan sekitar bandar Bintangor dengan kerjasama Pergerakan Wanita dan Pemuda parti itu.

Mengulas mengenai pembangunan, Kuong Hiing berkata, pelbagai projek juga diteruskan di Daerah Meradong antaranya termasuk pembinaan kolam renang, projek Waterfront Bintangor, pembinaan Jambatan Kampung Muhibah ke Kampung Rancak.

Selain itu turut laksanakan jalan baharu Janting ke Sungai Tulai, Pembinaan Dewan Sentral, Taman Rekreasi Bintangor, Pusat Hemodialisis Tulai dinaik taraf saluran paip air dan Sungai Mador.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa cadangan penambahan Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) Daerah Meradong dikemukakan kepada Kerajaan Sarawak bagi memudahkan urusan pentadbiran dan sokongan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.46 Meradong.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Parti SUPP Cawangan Bintangor, Chieng Boung Ong, Setiausaha, Lau Sie Hing, Bendahari, Lee Ngin Soon, Ketua Pergerakan Wanita, Kaunselor Chieng Ming Kiong dan Ketua Pergerakan Pemuda, Ley Chee Hua. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan