Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua jurulatih kebangsaan Ahmad Jais Baharu akan melakukan rombakan terhadap skuad sepak takraw dengan menampilkan bakat baharu bagi menghadapi saingan Piala Raja Thai pada 20 hingga 27 Julai di Korat, Thailand. Foto fail Bernama

Sepak takraw: Ahmad Jais lakukan rombakan menjelang Piala Raja Thai

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Ketua jurulatih kebangsaan Ahmad Jais Baharu akan melakukan rombakan terhadap skuad sepak takraw dengan menampilkan bakat baharu bagi menghadapi saingan Piala Raja Thai pada 20 hingga 27 Julai di Korat, Thailand.

Beliau berkata langkah itu bagi memberi peluang kepada pemain baharu dalam usaha mencari formula kemenangan buat skuad negara pada penampilan di Sukan SEA, hujung tahun ini.

“Kemungkinan besar kita akan buat rombakan. Mana-mana pemain yang kita tak senaraikan di Piala Asia mungkin kita akan bawa ke Piala Raja Thai.

“Kita buat sebab untuk menilai pemain baharu ini untuk disenaraikan ke Sukan SEA nanti,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Pada edisi tahun lepas, Malaysia meraih satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa dalam acara berpasukan lelaki dan kuadran campuran.

Pada masa sama, Ahmad Jais mengakui masih banyak perlu diperbaiki terutama dalam aspek serangan dan pertahanan menjelang cabaran akan datang.

“Saya berharap pemain yang dipanggil akan memberikan komitmen 100 peratus,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan