Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan Respon Pantas Hidupan Liar (SWIFT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dihantar ke Matu di Bahagian Mukah tengah Sarawak, susulan laporan mengenai penemuan seekor harimau dahan Borneo (Neofelis diardi borneensis) di situ, baru-baru ini. Foto Saat Majuni (FB)

SFC hantar SWIFT siasat kemunculan harimau dahan Borneo

ByBernama

KUCHING, 4 Jun: Pasukan Respon Pantas Hidupan Liar (SWIFT) Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dihantar ke Matu di Bahagian Mukah tengah Sarawak, susulan laporan mengenai penemuan seekor harimau dahan Borneo (Neofelis diardi borneensis) di situ, baru-baru ini.

Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran berkata pasukan itu akan menyiasat dakwaan kemunculan karnivor itu yang dirakam berada di atas jalan raya di Matu dalam satu video yang tular di media sosial sejak semalam.

“SFC memandang serius perkara ini dan telah menghantar pasukan SWIFT untuk menilai situasi,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi SFC.

Beliau berkata SFC memandang serius penemuan hidupan liar itu yang dikategorikan sebagai terlindung sepenuhnya di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar, 1998 Sarawak dan menasihatkan penduduk sekitar agar lebih berwaspada serta mengelakkan sebarang interaksi secara dekat.

“Hidupan liar adalah aset yang tidak ternilai, dan perlindungan mereka adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Abang Arabi berkata penemuan harimau dahan itu pada waktu siang dan di kawasan berhampiran manusia ini menunjukkan kemungkinan gangguan habitat atau kekurangan sumber makanan di kawasan hutan sekitarnya.

SFC bagaimanapun mengesahkan penemuan ini sebagai petunjuk positif bahawa Sarawak masih menjadi habitat semula jadi bagi spesies haiwan liar yang dilindungi sepenuhnya.

“Ini membuktikan keberhasilan usaha berterusan Kerajaan Sarawak melalui SFC dalam memelihara dan melindungi biodiversiti negeri,” katanya.

Dalam video yang tular itu, harimau dahan berkenaan kelihatan tidak agresif dan sedang memakan sisa-sisa di jalan raya pada waktu siang, serta tidak bertindak balas terhadap keluarga yang merakamnya dari dalam kereta yang melalui sebuah jalan raya di Matu.

Sementara itu, carian Bernama mendapati harimau dahan Borneo adalah mamalia nokturnal yang termasuk dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), dengan populasinya dianggarkan hanya sekitar 3,800 ekor di kepulauan berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan