Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh skuasy wanita negara S Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka British 2025 selepas menewaskan pemain Jepun Satomi Watanabe di Birmingham pada Selasa. Foto fail Bernama

Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka British

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Jaguh skuasy wanita negara S Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka British 2025 selepas menewaskan pemain Jepun Satomi Watanabe di Birmingham pada Selasa.

Pemain berusia 26 tahun itu mempamerkan semangat juang tinggi sebelum berjaya mengetepikan pilihan ketujuh kejohanan 11-9, 11-9, 4-11, 4-11, 11-4 dalam aksi yang berlangsung lebih satu jam.

Sivasangari yang menduduki ranking ke-24 dunia itu bermula agak baik apabila mendominasi dua set pertama dengan namun Watanabe bangkit memberikan tentangan sengit untuk menyamakan kedudukan dengan memenangi dua set berikutnya.

Pada set penentuan, pemain kelahiran kedah itu kembali tenang dan terus menguasai permainan untuk mengesahkan slot di suku akhir menjadi miliknya.

Sivasangari dijadualkan berdepan pilihan keempat dari Mesir, Amina Orfi pada aksi suku akhir, esok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan