Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang terbalik selepas terbabas ke bahu jalan. Foto JBPM

Lelaki parah dalam kemalangan kendiri di Ranau

ByTVS

RANAU, 3 Jun: Seorang lelaki cedera parah selepas pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang dipandunya terbabas sendiri ke tepi jalan dalam kejadian di Jalan Merakau, Kampung Merakau, malam tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.10 malam dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau tiba tidak lama kemudian.

“Operasi menyelamat dijalankan menggunakan Rescue Tools untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk dihantar ke hospital,” kata Komander Operasi, PBK II Mastin Suli.

Mangsa lelaki itu disahkan mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan lanjut di Hospital Ranau.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.26 tengah malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan