Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (OM) Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (tengah) ketika sidang media pengumuman penamaan calon pemilihan jawatan tertinggi penggal 2025-2029 di Mesyuarat Agung Tahunan Olahraga Malaysia di Wisma OCM hari ini. Foto Bernama

Shahidan dicabar Karim, pertembungan empat penjuru bagi jawatan Presiden Olahraga Malaysia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Jun: Persaingan bagi merebut jawatan Presiden Olahraga Malaysia (MA) dijangka sengit membabitkan penyandang dan bekas presiden, selain dua lagi calon yang turut mencabar kedudukan itu.

Penyandang jawatan, Datuk Seri Shahidan Kassim dijangka berdepan pertembungan empat penjuru pada pemilihan barisan kepimpinan MA bagi penggal 2025-2029 pada 15 Jun ini, dengan bekas presiden merangkap Presiden Persatuan Olahraga Amatur Perak Datuk Karim Ibrahim mengetuai cabaran.

Shahidan dan Karim (Presiden MA bagi penggal 2015-2019) akan dicabar Timbalan Presiden MA ketika ini, Datuk Mark William Ling Lee Meng serta Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Sementara itu, saingan bagi jawatan Timbalan Presiden juga dijangka sengit apabila lima calon bakal bertanding termasuk Karim, Wan Hisham, Datuk R. Annamalai, Sallehuddin Safar dan Mohamat Hasan.

Turut dijangka sengit ialah pemilihan bagi empat jawatan Naib Presiden, termasuk satu slot yang diperuntukkan kepada wakil wanita.

Sebanyak sembilan calon akan merebut tiga jawatan Naib Presiden iaitu Annamalai, Datuk Mohamad Ismail, M. Iyaru, Mohamat, Josephine Kang, Rosli Abdullah, David William, John Ayaru dan N. Padmanathan.

Setakat ini, hanya nama Josephine Kang diumumkan sebagai calon untuk jawatan Naib Presiden Wanita ketika Shahidan mengumumkan senarai pencalonan bagi semua jawatan dalam satu sidang media di Hotel Majlis Olimpik Malaysia (OCM) di sini hari ini.

Mana-mana individu yang dicalonkan boleh bertanding lebih daripada satu jawatan, namun pada hari pemilihan, calon hanya dibenarkan memilih satu jawatan untuk ditandingi.

Ahli gabungan MA yang terdiri daripada 13 persatuan akan diwakili tiga delegasi untuk membuang undi menjadikan jumlah 39 undi keseluruhan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan