Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suspek berusia 41 tahun itu ditahan polis selepas menyerah diri kira-kira pukul 9.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.

Datuk Seri ditahan cederakan wanita dengan grip pistol

ByTVS

GEORGE TOWN, 3 Jun: Polis menahan seorang lelaki berpangkat Datuk Seri yang disyaki mencederakan seorang wanita menggunakan grip pistol dalam perselisihan faham di jalan raya di Jalan Kelawai di sini kelmarin.

Suspek berusia 41 tahun itu ditahan polis selepas menyerah diri kira-kira pukul 9.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rozak Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia 28 tahun mendakwa telah dicederakan oleh seorang lelaki tempatan menggunakan objek disyaki grip pistol.

“Punca kejadian dipercayai akibat perselisihan faham di atas jalan raya semasa kedua-dua mereka memandu melalui tempat kejadian.

“Dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada hidung dan mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujar beliau, polis turut merampas sepucuk pistol, sebuah kelopak serta sebuah buku lesen memiliki senjata dan peluru daripada suspek.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 Akta Senjata 1960. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan