Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fahmi bercakap dalam sidang media selepas rasmikan Forum Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri di oleh CMCF di Petaling Jaya di sini hari ini. Foto, Bernama.

Organisasi media, platform media sosial perlu patuh prinsip pelaporan sensitif

ByTVS

PETALING JAYA, 3 Jun: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyeru organisasi media dan platform digital mematuhi prinsip pelaporan sensitif dan beretika secara menyeluruh.

Sehubunghan itu Fahmi berkata,  pendekatan diusahakan oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF) menjadi langkah penting dalam memperbaiki pelaporan isu sensitif seperti kes bunuh diri.

“Harapan saya, garis panduan ini bukan hanya difahami oleh wartawan di lapangan, tetapi juga seluruh struktur organisasi media, termasuk ke peringkat pengerusi.

“Untuk berlaku perubahan secara struktur, semua perlu faham dan hormat prinsip yang digariskan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri di oleh CMCF di Petaling Jaya, pada Selasa.

Sementara itu Fahmi turut meminta agar CMCF memperluaskan penyertaan bengkel penerangan kepada sebanyak mungkin organisasi media di Sabah dan Sarawak serta mengajak pengendali platform media sosial turut serta dalam inisiatif ini.

Dalam pada itu, Fahmi meluahkan rasa kesal terhadap syarikat media sosial seperti Meta (syarikat induk Facebook dan Instagram) serta X (dahulunya Twitter) kerana gagal menyertai CMCF walaupun setelah beberapa kali diajak.

“Saya dah minta. Mereka belum lakukan. Dah lama sebenarnya. Banyak alasan.

“Tapi TikTok, sejak awal lagi sebelum pun ada pelesenan media sosial, mereka secara sukarela menyertai CMCF. Saya amat puji pendekatan TikTok,” katanya.

Beliau menekankan perlunya pendekatan menyeluruh yang turut merangkumi media sosial kerana kandungan yang dipaparkan – walaupun bukan berita – tetap boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat.

Ketika ditanya mengenai keberkesanan undang-undang yang menyebabkan platform antarabangsa enggan mematuhi garis panduan tempatan, Fahmi menjelaskan bahawa berkait dengan sikap platform berkenaan.

“Banyak platform media sosial merasakan bahawa mereka lebih besar daripada undang-undang negara-negara di rantau Asia Tenggara, malah di peringkat Asia Pasifik.

“Dalam soal menjana keuntungan, mereka sangat pantas, tetapi apabila melibatkan pematuhan kepada undang-undang, mereka amat lembap,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan