Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Sum pada majlis pembukaan Pesta Lun Bawang atau Irau Aco Lun Bawang di Stadium Tertutup Lawas, hari ini. Foto TVS

PLBS galak perpaduan masyarakat Lun Bawang

LAWAS, 3 Jun: Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) terus memainkan peranan penting dalam menyatupadukan masyarakat Lun Bawang serta memastikan mereka terus maju seiring dengan pembangunan kerajaan hari ini.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong berkata PLBS juga perlu menjadi pemangkin kepada pembentukan jaringan perpaduan antara masyarakat Lun Bawang dengan kaum-kaum lain yang tinggal di daerah ini.

“Kita di Sarawak hidup bersama pelbagai kaum. Maka, penting untuk kita memelihara hubungan baik sesama masyarakat serta bersama kerajaan yang mentadbir negeri dan negara kita,” katanya ketika merasmikan pembukaan Pesta Lun Bawang ke-38 atau Irau Aco Lun Bawang, di sini hari ini.

Henry Sum yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata perpaduan yang dikecapi kini perlu dipelihara agar masyarakat Lun Bawang dapat terus menyumbang kepada kestabilan dan kekuatan negeri Sarawak.

Pesta yang bermula pada 28 Mei lalu menyajikan pelbagai acara menarik termasuk bola sepak, bola tampar, tarik tali terbuka, jualan makanan dan kraf tangan, pertandingan menyumpit, permainan tradisional serta persembahan kebudayaan.

Pesta akan melabuhkan tirainya malam ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan