Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan motosikal mangsa yang terlibat kemalangan kendiri di Jalan Kelupu. Foto IPD Meradong.

Warga emas maut kemalangan kendiri di Jalan Kelupu

BINTANGOR, 3 Jun : Seorang wanita warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh dalam kejadian di Batu 1, Jalan Kelupu, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Meradong, DSP Sekam Anoi berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian kira-kira jam 5.30 pagi daripada orang awam, sebelum Pegawai Penyiasat bersama anggota trafik bergegas ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan dari Klinik Bintangor.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sarikei untuk proses bedah siasat.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan