Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
15 pasukan dengan lebih 200 orang mengambil bahagian dalam Kejohanan Badminton Miri Team Event 2025 di sini hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

15 pasukan sertai Badminton Miri Team Event 2025

BySalasiah Safian

MIRI, 3 Jun: Sebanyak 15 pasukan dari seluruh negeri menyertai Kejohanan Badminton Miri Team Event 2025.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, ia termasuk pasukan dari Betong, Sarikei dan Bintulu.

“Kita juga perlu bersenam dan kerana itulah kita memang menggalakkan rakyat Sarawak aktif dalam pelbagai aktiviti sukan dan senaman. Kita mahu semua rakyat sihat.

“Sekarang ini ramai di antara kita yang hanya duduk di hadapan komputer dan bermain telefon bimbit (handphone). Itu memang kurang sihat. Kalau setiap hari tidak keluar dan hanya main handphone, main komputer, itu kurang sihatlah.

“Jadi hari ini kita boleh pun berjaya menarik 15 pasukan dengan lebih 200 orang mengambil bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kejohanan Badminton Miri Team Event 2025 di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan peserta yang datang dari daerah lain mengambil peluang untuk melawat beberapa kawasan tarikan pelancong yang terdapat di Miri.

Malah ada di antara mereka yang datang ke Miri melalui Lebuhraya Pan Borneo.

“Jadi sekarang kita boleh melihat sempena dengan hari cuti, sekarang ramai warga Sarawak di sini yang mengambil peluang memandu sendiri dari Kuching ke Miri, Sibu ke Miri, Bintulu ke Miri dan juga Miri ke Kuching melalui Lebuhraya Pan Borneo.

“Jadi inilah satu kemajuan yang tercapai di Sarawak. Kita ada Pan borneo, rakyat Sarawak sekarang senang. Kita nak memandu dari Kuching ke Miri, sekarang 8 jam boleh sampai.

“Miri ke Bintulu 2 jam boleh sampai. Inilah kita boleh nampak kemajuan di Sarawak sekarang,” ujarnya lagi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan