Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kalah mengejut kepada lawan bukan pilihan pada pusingan kedua Terbuka British 2025, di Birmingham awal pagi tadi. Foto Squash Racquets Association of Malaysia(FB)

Skuasy Terbuka British: Eain Yow tersingkir di pusingan kedua

ByBernama

KUALA LUMPUR, 2 Jun: Jaguh skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kalah mengejut kepada lawan bukan pilihan pada pusingan kedua Terbuka British 2025, di Birmingham awal pagi tadi.

Eain Yow selaku pemain pilihan kelapan kejohanan, gagal mempamerkan aksi terbaiknya apabila tewas 0-3 (11-13, 5-11, 7-11) kepada pemain Perancis Victor Crouin, sekali gus tersingkir awal daripada kejohanan yang sering digelar sebagai Wimbledon of squash.

Pemain berusia 27 tahun itu menerima bye pada pusingan pertama.

Sementara itu dalam kategori wanita, Aira Azman turut tersingkir awal selepas tewas 2-3 (10-12, 11-13, 11-9, 11-8, 7-11) kepada pemain Mesir Zeina Mickawy, pada perlawanan pusingan pertama.

Rakan sepasukan Noor Ainaa Amani Ampandi, juga terkandas selepas mudah ditundukkan 0-3 (6-11, 7-11, 7-11) oleh pemain England Sarah-Jane Perry.

Satu-satunya wakil Malaysia yang masih meneruskan cabaran dalam kejohanan ini iaitu S. Sivasangari, akan memulakan aksi menentang pemain India Ahanat Singh, dalam pusingan kedua awal pagi esok (3 Jun).- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan