Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 49 orang awam terbunuh dan lebih 200 lagi cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang sedang mendapatkan bantuan di kawasan Al-Mawasi, barat bandar Rafah di selatan Gaza pada pagi Ahad. Foto fail AFP

Hamas gesa PBB siasat pembunuhan orang awam di pusat agihan bantuan di Gaza

ByBernama

ISTANBUL, 1 Jun: Kumpulan Palestin Hamas pada Ahad menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan satu suruhanjaya siasatan antarabangsa bebas bagi menyiasat pembunuhan orang awam Palestin yang sedang mendapatkan bantuan kemanusiaan di Gaza oleh tentera Israel, lapor Anadolu Ajansi.

Sekurang-kurangnya 49 orang awam terbunuh dan lebih 200 lagi cedera selepas tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk Palestin yang sedang mendapatkan bantuan di kawasan Al-Mawasi, barat bandar Rafah di selatan Gaza pada pagi Ahad.

“Pembunuhan beramai-ramai ini mengesahkan sifat fasis pendudukan (Israel) dan objektif jenayahnya di sebalik mekanisme bantuan ini,” kata Hamas dalam satu kenyataan.

Israel didakwa “menggunakan pusat bantuan di bawah kawalannya sebagai perangkap untuk menarik mangsa kelaparan yang tidak bersalah sebelum melakukan pembunuhan, penghinaan dan penyeksaan terhadap mereka dengan cara yang paling kejam.”

Israel telah merancang untuk menubuhkan empat pusat pengagihan bantuan di selatan dan tengah Gaza, yang menurut media Israel bertujuan memindahkan penduduk Palestin dari utara ke selatan Gaza.

“Kami menggesa PBB menubuhkan satu jawatankuasa siasatan antarabangsa bebas dan segera memasuki Gaza untuk menyiasat jenayah sistematik terhadap orang awam ini serta mendakwa mereka yang bertanggungjawab sebagai penjenayah perang,” tambah kenyataan itu.

Hamas turut menggesa agar PBB mengeluarkan keputusan “segera” dan “mengikat” untuk “memaksa tentera Israel menghentikan mekanisme berdarah ini” dan segera membuka lintasan sempadan Gaza “bagi memastikan bantuan kemanusiaan dapat disalurkan melalui mekanisme PBB.”

Israel terus melancarkan serangan dahsyat di Gaza sejak Oktober 2023, meskipun menerima desakan antarabangsa untuk melaksanakan gencatan senjata, menyebabkan lebih 54,400 rakyat Palestin terkorban — kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. Agensi bantuan telah memberi amaran mengenai risiko kebuluran dalam kalangan lebih dua juta penduduk wilayah itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan