Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran berlaku awal pagi Ahad di sebuah hospital di daerah Hohenfelde, Hamburg, Jerman, mengorbankan tiga pesakit dan mencederakan lebih 50 yang lain, menurut pihak berkuasa tempatan. Foto AFP

Tiga terbunuh, puluhan cedera dalam kebakaran hospital di Hamburg, Jerman

ByBernama

BERLIN, 1 Jun: Kebakaran berlaku awal pagi Ahad di sebuah hospital di daerah Hohenfelde, Hamburg, Jerman, mengorbankan tiga pesakit dan mencederakan lebih 50 yang lain, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Menurut Jabatan Bomba Hamburg, dua daripada mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal, manakala 16 orang mengalami kecederaan serius dan 36 lagi cedera ringan.

Kebakaran bermula di tingkat satu hospital dan merebak ke tingkat dua.

Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan tidak lama selepas tengah malam.

Asap tebal merebak ke seluruh bangunan, sekali gus mencetuskan operasi menyelamat berskala besar.

Anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat dan api berjaya dipadam sepenuhnya pada awal pagi Ahad.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan