Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi serta Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK). Foto Nadim Bokhari (TVS)

Gawai Dayak 2025 meriah di BCCK

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 1 Jun: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gawai Dayak 2025 yang berlangsung meriah di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Turut hadir memeriahkan acara ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta barisan kenamaan lain.

Seawal jam 10 pagi, ribuan tetamu dari dalam dan luar negara membanjiri BCCK dengan busana pelbagai etnik, menikmati juadah tradisional dan menyaksikan persembahan kebudayaan masyarakat Dayak.

Majlis yang menjadi acara tahunan penting dijadual melabuhkan tirainya pada jam 4 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan