Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kes buli siber dengan menyerang pengguna internet sehingga ‘koyak’ menjadi isu yang semakin ketara terutamanya dalam kalangan belia.
Ruang siber kini menjadi domain kritikal dalam pertahanan negara Indonesia dan kerjasama lebih kukuh diperlukan bagi melindungi kedaulatan digital negara, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Meutya Hafid.

Ancaman digital kini antara kebimbangan utama keselamatan negara Indonesia

ByBernama

JAKARTA, 1 Jun: Ruang siber kini menjadi domain kritikal dalam pertahanan negara Indonesia dan kerjasama lebih kukuh diperlukan bagi melindungi kedaulatan digital negara, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Meutya Hafid.

Beliau berkata ancaman terhadap kedaulatan negara semakin banyak berpunca daripada domain digital, bukan sekadar melalui darat, laut atau udara, selaras dengan peningkatan serangan siber dan penyebaran maklumat palsu dalam talian.

“Ruang siber adalah nadi pertahanan moden kita. Melindunginya bermakna kita menjamin masa depan negara,” semasa menyampaikan syarahan umum di Institut Ketahanan Nasional (Lemhannas), menurut kenyataan kementeriannya.

Antara insiden berprofil tinggi yang dibangkitkan Meutya ialah serangan perisian tebusan ke atas Bank Syariah Indonesia pada Jun 2024 oleh kumpulan LockBit 3.0, yang menuntut bayaran sebanyak US$20 juta dan menjejaskan perkhidmatan kepada 15 juta pelanggan.

Beliau turut memberi amaran mengenai bahaya berita palsu dalam talian—termasuk maklumat salah, maklumat yang dimanipulasi, dan maklumat yang disalahguna—yang menurutnya boleh menggugat perpaduan negara, mencetuskan ketegangan politik dan melemahkan kepercayaan rakyat.

“Ini bukan sekadar gangguan digital; ia mampu mengancam asas ideologi dan sosial masyarakat kita,” katanya.

Beliau menekankan bahawa pelaburan dalam infrastruktur keselamatan digital adalah keperluan mendesak.

Bagi menangani cabaran itu, kementerian memperkenalkan beberapa peraturan utama termasuk Peraturan Pemerintah No. 17 Tahun 2025 mengenai Tadbir Urus Sistem Elektronik untuk Perlindungan Anak, Undang-Undang No. 1 Tahun 2024 yang menyemak semula Undang-Undang Informasi dan Transaksi Elektronik, serta Peraturan Presiden No. 47 Tahun 2023 mengenai Strategi Keamanan Siber Nasional.

Namun, Meutya menegaskan bahawa peraturan semata-mata tidak mencukupi dan menyeru para pemimpin dalam perkhidmatan awam, ketenteraan dan polis agar menerajui usaha literasi digital di semua institusi kerajaan.

Indonesia dilaporkan mencatat peningkatan ketara dalam ancaman siber sejak beberapa tahun kebelakangan ini, seiring dengan transformasi digital yang pesat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan