Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perkhidmatan Cuaca Jerman pada Ahad mengeluarkan amaran untuk kawasan selatan dan barat negara itu susulan gelombang haba di seluruh benua Eropah yang dijangka semakin buruk dalam beberapa hari akan datang, dengan suhu mencecah puncak 39 darjah Celsius pada Rabu. Foto fail AFP

Jumlah pewarganegaraan di Jerman cecah rekod tertinggi

ByBernama

BERLIN, 1 Jun: Jumlah warga asing yang memperoleh kewarganegaraan Jerman mencatatkan rekod tertinggi tahun lepas – tertinggi sejak pengumpulan data standard bermula pada tahun 2000, lapor akhbar Welt am Sonntag pada Sabtu, menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Berdasarkan tinjauan akhbar itu, seramai 249,901 individu telah memperoleh kewarganegaraan Jerman di 13 negeri persekutuan tahun lepas. Pada 2023, angka seluruh negara bagi kesemua 16 negeri persekutuan adalah 200,095 orang, yang turut mencatatkan rekod pada masa itu.

Pada 27 Jun 2024, pembaharuan undang-undang kewarganegaraan telah berkuat kuasa, membolehkan pendatang memperoleh kewarganegaraan Jerman dengan lebih cepat. Langkah itu juga membenarkan dwikewarganegaraan – satu faktor penting bagi ramai warga asing yang menetap di Jerman.

Tempoh untuk kelayakan naturalisasi dikurangkan daripada lapan kepada lima tahun, atau tiga tahun bagi individu yang menunjukkan tahap integrasi yang tinggi.

Kerajaan gabungan baharu yang terdiri daripada Parti Konservatif dan Sosial Demokratik telah memansuhkan laluan pantas selama tiga tahun, namun mengekalkan tempoh lima tahun bagi kelayakan naturalisasi.

“Ramai yang datang semasa gelombang migrasi besar pada 2015 dan 2016 kini sedang memohon atau telah memohon kewarganegaraan,” kata Ketua Eksekutif Persatuan Bandar-Bandar Jerman, Helmut Dedy kepada akhbar itu.

Beliau menambah bahawa kelonggaran keperluan untuk melepaskan kewarganegaraan asal turut menjadi pemangkin kepada peningkatan permohonan.

Mereka yang memohon kewarganegaraan perlu lulus ujian aneka pilihan “Hidup di Jerman” yang menilai pengetahuan mereka mengenai sejarah, budaya, masyarakat dan undang-undang Jerman. Mereka juga mesti menunjukkan kecekapan bahasa Jerman pada tahap B1 mengikut piawaian bahasa Eropah, iaitu tahap kecekapan asas pertengahan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan