Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan SAR menjalankan operasi mencari mangsa tanah runtuh di lombong batu Gunung Kuda, Cirebon, Jawa Barat, hari ini. Foto Pejabat SAR Bandung

Tanah runtuh Cirebon: 17 disahkan maut, operasi SAR diteruskan

ByTVS

JAKARTA, 31 Mei: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berjaya menemui lebih ramai mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di kawasan lombong batu Gunung Kuda, Cirebon, Jawa Barat, hari ini.

Pejabat SAR Bandung dalam kenyataan menyatakan, setakat jam 5.45 petang hari kedua operasi, jumlah mangsa yang disahkan maut meningkat kepada 17 orang.

Ketua Pejabat SAR Bandung yang mengetuai operasi memaklumkan pencarian intensif hari ini dibantu oleh penggunaan jentera berat yang mempercepatkan proses mengesan dan mengeluarkan mangsa tertimbus.

“Pasukan terus menjalankan pencarian dan berjaya menemui lebih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan batu pada hari ini,” katanya.

Setakat ini, lapan orang masih dilaporkan hilang berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga.

Namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan jumlah sebenar mangsa adalah lebih ramai memandangkan kawasan runtuhan masih belum sepenuhnya diterokai.

Operasi SAR akan diteruskan esok sehingga semua mangsa berjaya ditemui.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan