Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pembinaan gelanggang futsal landasan lahir pemain berkaliber

ByLuqman Muhammad

KUCHING: Sebuah lagi gelanggang futsal siap dibina di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai dengan anggaran kos melibatkan RM200,000

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sebanyak 13 buah gelanggang futsal telah dibina di bawah kawasan Pantai Damai sejak bermulanya projek RTP pada tahun 2017.

“Gelanggang ini dibina hasil daripada permintaan dan permohonan belia-belia di kampung supaya dibina kemudahan untuk mereka menjalankan aktiviti sukan.” katanya ketika ditemui selepas merasmikan gelanggang futsal di Kampung Pasir Panjang pada Rabu.

Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai berkata pembinaan gelanggang futsal ini juga dilihat mampu menjadi landasan terbaik untuk melahirkan pemain-pemain yang berkualiti.

Menurut abdul rahman, ini juga merupakan usaha sepanjang masa untuk melahirkan pemain berkaliber dalam kalangan belia-belia dun pantai damai.

“Pada beberapa tahun yang lepas kita telahpun berjaya melahirkan beberapa orang pemain futsal yang mewakili DUN dan Parlimen , malahan ada seorang dua mereka dijemput mewakili peringkat negeri”. katanya lagi.

Justeru dengan adanya kemudahan seperti ini beliau berharap masyarakat setempat akan menjaga kemudahan ini sebaik mungkin selain memastikan tahap kebersihan menjadi keutamaan memandangkan lokasi kampung Pasir Panjang adalah kawasan tumpuan pengunjung pada setiap hujung minggu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan