Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Calvien Roland Munan dan isteri, Eugenesty Lambeh Sar, ketika ditemu bual TVS. Foto TVS

Kahwin campur cerminan perpaduan kaum di Sarawak

SARATOK, 1 Jun: Perkahwinan campur bukan lagi sesuatu yang asing dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya di Sarawak yang kaya dengan kepelbagaian etnik, agama dan budaya.

Amalan ini bukan sahaja menyatukan dua individu berlatar belakang berbeza, tetapi juga menjadi jambatan dalam memperkukuh keharmonian dan perpaduan masyarakat.

Selain menyemarakkan semangat kebersamaan, perkahwinan campur turut membuka ruang kepada pasangan untuk saling memahami, menghormati dan menghargai adat serta budaya masing-masing.

Bagi, Calvien Roland Munan, 24 tahun, pertemuannya dengan isteri, Eugenesty Lambeh Sar, 25 tahun, yang berbangsa Iban telah banyak membantunya untuk memahami budaya dan adat asal kaum Iban di rumah panjang.

“Bagi pendapat saya, kahwin campur ini merupakan satu budaya yang amat menarik. Dimana saya berpeluang untuk meraikan banyak perayaan besar, dalam masa sama turut mempunyai peluang untuk meningkatkan kefahaman dalam pelbagai budaya berbeza dalam kehidupan seharian,” katanya ketika ditemui di rumah panjang isterinya di Rumah Panjang Thomas Padat, Itop Awik Saratok.

Tambahnya, perbezaan latar belakang diantara beliau serta isteri tidak pernah menjadi batu penghalang untuk membina sebuah rumah tangga yang harmoni.

“Saya berasa bangga dengan kepelbagaian perayaan yang dapat saya raikan selepas mendirikan rumah tangga bersama isteri. Saya kira tidak semua orang mempunyai peluang yang sama,” ujarnya.

Bagi si isteri, Eugenesty Lambeh Sar, 25 tahun, pula berpendapatan, perbezaan budaya dan adat resam bukan penghalang, tetapi restu daripada semua pihak menjadi elemen penting kepada kebahagiaan rumah tangga seseorang.

“Ya, lazimnya kuta selalu mendengat apabila seseorang itu mendirikan rumah tangga berlainan bangsa serta agama mereka akan berdepan dengan cabaran-cabaran tertentu.

“Terutamanya, daripada ibu bapa, ahli keluarga dan sebagainya. Tetapi bagi saya, yang paling penting sesuatu perkahwinan itu harus mendapat restu daripada semua pihak yang terlibat.

“Kerana tanpa restu, perkahwinan itu tidak akan kemana walau pun paaangan terdiri daripada bangsa atau kaum yang sama,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan