Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata nilai tambah kayu getah yang telah dirawat adalah jauh lebih tinggi berbanding penjualan kayu getah mentah. Foto Zaim Zharfan (TVS)

RISDA perkukuh usaha tingkat pengeluaran lateks tempatan

ByIzzah Kamilah Yunus

SERIAN, 31 Mei: Kerajaan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan memperkukuh usaha meningkatkan pengeluaran lateks tempatan bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import yang mencecah RM6 bilion setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah tersebut amat penting kerana 87 peratus pengeluaran getah negara disumbangkan oleh pekebun kecil berbanding hanya 13 peratus daripada ladang berskala besar.

“Kebergantungan terhadap pekebun kecil adalah sangat tinggi. RISDA bertanggungjawab menyelaras usaha ini bersama pegawai-pegawai di peringkat negeri dan daerah.

“Mereka akan mengadakan libat urus bersama pusat pekebun kecil dan pekebun kecil individu untuk menangani isu industri getah terutamanya dalam menggalakkan peralihan daripada pengeluaran getah sekerap kepada lateks,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur dan Sambutan Pra Gawai RISDA Negeri Sarawak 2025 di sini hari ini.

Menurutnya, bagi wilayah Sarawak, sebuah depot lateks mula beroperasi di Kota Samarahan manakala satu lagi masih dalam peringkat perbincangan.

Mengulas mengenai inisiatif penanaman semula dan penggunaan kayu getah terawat, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, sebanyak 400,000 hektar kawasan tanaman getah lama dikenal pasti untuk penanaman semula secara berperingkat.

“Inisiatif baharu melibatkan rawatan kayu getah untuk kegunaan industri perabot. RISDA telah memeterai perjanjian dengan Persatuan Perabot Muar bagi membolehkan kayu getah terawat digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan perabot khususnya untuk pasaran eksport,” ujarnya.

Beliau menjangkakan sekitar 40,000 hektar kawasan akan mencapai hasil setiap tahun,dan kayu getah daripada kawasan tersebut hanya akan dijual kepada industri selepas menjalani proses rawatan.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Sarawak, Datuk Maclaine Ben @ Martin Ben serta Pengerusi RISDA, Zainal Azni Zulkifli.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan