Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Amirudin Shari pada Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) Peringkat Negeri Selangor 2025 hari ini. Foto TVS

Selangor rancang bantuan beli motosikal golongan B40

ByTVS

SELAYANG, 31 Mei: Kerajaan Negeri Selangor bercadang memperkenalkan subsidi pembelian motosikal kepada peserta Program MyLesen (B2) peringkat negeri mulai tahun hadapan sebagai usaha memperkasa mobiliti dan keselamatan golongan belia khususnya kumpulan B40.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, subsidi dicadangkan bernilai antara RM500 hingga RM1,000 bergantung kepada jumlah peserta pada tahun tersebut.

“Jika program ini diteruskan tahun hadapan, kita bersedia berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memberi subsidi kepada peserta agar mereka dapat memiliki motosikal yang baik, selesa dan selamat.

“Sekiranya penyertaan tinggi, jumlah subsidi mungkin lebih rendah. Sebaliknya jika penyertaan rendah, jumlah subsidi boleh jadi lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen (B2) Peringkat Negeri Selangor 2025 yang berlangsung di Selayang pada Sabtu.

Menurut Amirudin, inisiatif pemberian subsidi tersebut merupakan tambahan kepada bantuan sedia ada seperti topi keledar dan jaket keselamatan yang turut disumbangkan kepada peserta.

Program MyLesen B2 pada tahun ini melibatkan 1,200 penerima manfaat yang terdiri daripada golongan B40 termasuk pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi dan belia di seluruh Selangor.

Program itu merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan dan JPJ bagi membantu golongan B40 meningkatkan taraf sosioekonomi mereka terutama melalui peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi gig.

Dalam pada itu, Amirudin turut menekankan kepentingan keselamatan jalan raya khususnya melibatkan penunggang motosikal memandangkan kenderaan tersebut mencatatkan kadar kemalangan tertinggi di negeri ini.

Turut hadir Ketua Pengarah JPJ Malaysia, Datuk Aedy Fadly Ramli dan Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Mohd Zaini Abu Hassan.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found