Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tanah runtuh melanda kawasan perlombongan batu di Daerah Cirebon, Jawa Barat, Indonesia. Foto BPBD Cirebon

10 pelombong maut ditimbus tanah runtuh

ByTVS

JAKARTA, 30 Mei: Sepuluh pelombong disahkan maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kawasan perlombongan batu Gunung Kuda, di Daerah Cirebon, Jawa Barat hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku ketika pelombong sedang menjalankan aktiviti perlombongan sebelum berlaku tanah runtuh yang menimbus mereka.

Pengarah Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Cirebon, Deni Nurcahya berkata, sehingga petang, bilangan sebenar mangsa yang tertimbus masih belum dapat dipastikan sementara operasi pencarian masih diteruskan.

“Sehingga petang ini, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana terdapat kemungkinan masih ada mangsa belum ditemui,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, berdasarkan maklumat daripada pekerja lain, terdapat seorang pemandu jengkaut serta pemandu lori yang turut dipercayai tertimbus dan masih belum ditemui sehingga angka korban dijangkakan terus meningkat.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan oleh pasukan penyelamat gabungan melibatkan pelbagai agensi termasuk polis dan tentera.

Beberapa jentera berat turut dikerahkan bagi mempercepatkan dan memudahkan usaha pencarian mangsa.

Beberapa mangsa yang cedera dilaporkan sudah dihantar ke hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan