Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerjasama dalam komuniti mampu tangani isu dadah- Fatimah

KUCHING, 15 Sept : Tanggungjawab membanteras isu penyalahgunaan najis dadah bukan hanya terletak kepada pihak berkuasa sebaliknya masyarakat di negeri ini juga perlu memainkan peranan yang penting.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya telah mengambil pendekatan secara holistik iaitu bekerjasama dengan komuniti untuk menangani isu bekal dadah.

“Kita harus melihat dan menangani isu ini secara holistik dan mengambil saranan dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bahawa proses pemulihan ini tidak boleh hanya tertumpu kepada penagih itu sahaja namun harus meliputi keseluruhan ekosistem,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan bulanan dadah One Stop Committee (OSC) bagi Menangani Isu Dadah dan Subtance (MIDS) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, selain itu usaha yang dilakukan oleh pihaknya ialah dengan memperluaskan perkhidmatan One Stop Centre for Addiction (OSCA) di tujuh buah klinik kesihatan di daerah-daerah berisiko tinggi termasuk Lawas, Limbang, Subis, Betong, Bau, Bintulu dan Sibu.

” Pada masa sama, kita juga telah menubuhkan Community Development and Intervention Centre (CDIC) yang berfungsi sebagai sebuah komuniti yang ambil peduli terhadap isu ini di Kuching, Bau, Miri, Sibu, Bintulu, Mukah dan Subis,” katanya.

Sejak Januari 2021, sebanyak 127 siri pelbagai program OBID telah dikendalikan oleh OSC MIDS di Sarawak serta melaksanakan 363 operasi penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak dan AADK negeri.

“Operasi berkenaan telah berjaya menahan 463 individu dengan 57 melibatkan pengedaran, 119 memiliki dadah dan substance manakala sebanyak 287 individu disaring positif dadah.

” Jumlah ini menunjukkan sedikit penurunan sebanyak 28.98 peratus berbanding tangkapan pada bulan Julai,” katanya.

Beliau memberitahu, menerusi operasi berkenaan, pihaknya berjaya menyekat sebanyak 133 181 kali penggunaan dadah dan menyelamatkan 31,143 individu di Sarawak.

“Peningkatan rampasan dadah yang direkodkan juga memberi isyarat bahawa Sarawak tidak rela dijadikan sebagai transit bagi pengedaran dadah ke negara-negara yang berjiran dengan kita,” katanya.

Bagi tempoh Ogos 2021, seramai 2,054 orang direkodkan menjalani rawatan dan pemulihan dengan 114 orang sedang menjalani pemulihan dalam institusi di PUSPEN, 1,940 lagi dalam komuniti, 1,880 Orang kena Pengawasan (OKP), (3) di One Stop Centre for Addiction (OSCA) dan 57 di pusat-pusat (NGO). -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan