Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Gerald Rentap Jabu ditemui pada sidang media Karnival Berbasikal Layar (LCC) 2025 di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

LCC 2025: Platform sukan dan jana pendapatan komuniti Betong

KUCHING, 30 Mei: Pengayuh dan peminat sukan berbasikal di Sarawak sudah pasti teruja dengan penganjuran Karnival Berbasikal Layar (LCC) Edisi Ketujuh 2025 yang bakal berlangsung dari 29 hingga 31 Ogos ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, lebih 500 peserta yang terdiri daripada warga tempatan dan luar negara dijangka turut serta dalam kejohanan berbasikal yang diadakan sejak 2017.

Menurutnya, selain mempromosikan acara berbasikal dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat di Betong dan sekitarnya, LCC 2025 turut dilihat sebagai platform menjana pendapatan bagi penduduk kampung di Bahagian Betong.

“Kita menyasarkan usahawan muda terutama dalam kalangan belia. Tahun lalu, mereka berjaya menjana pendapatan sekitar RM200,000 dalam masa dua hari dan kita berharap mereka dapat memperoleh pendapatan lebih banyak tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Karnival Berbasikal Layar (LCC) 2025 di Kuching pada Jumaat.

Menurutnya, jumlah hadiah keseluruhan yang ditawarkan adalah sebanyak RM51,260 melibatkan 10 kategori kriterium dan lapan acara lebuh raya yang dipertandingkan di laluan sepanjang 102 kilometer (km).

“Ini termasuk kategori belia (13 hingga 15 tahun), terbuka lelaki (19 hingga 29 tahun) dan wanita terbuka (18 tahun ke atas),” ujarnya.

Tambahnya, Brunei Darussalam dan Indonesia antara negara luar yang menghantar pelumba dalam LCC 2025.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan