Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap wartawan di Malaysia dapat terus bersemangat dalam memainkan peranan mereka memajukan negara selain melaporkan pahit getir yang dihadapi rakyat kini. Foto Bernama

HAWANA: Wartawan perlu terus bersemangat bantu majukan negara – Anwar

ByBernama

KOTA KINABALU, 30 Mei: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap wartawan di Malaysia dapat terus bersemangat dalam memainkan peranan mereka memajukan negara selain melaporkan pahit getir yang dihadapi rakyat kini.

Sambil menzahirkan penghargaan kepada pengamal media sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) hari ini, Perdana Menteri turut menekankan peranan kritikal wartawan dalam menyampaikan berita dan maklumat kepada rakyat.

Beliau berkata peranan itu termasuk tugas mendukung dan menegur dalam usaha membangunkan negeri dan negara.

“Saya ucapkan selamat kepada wartawan yang memikul tugas luar biasa. Mereka memainkan peranan kritikal dalam melaporkan pahit getir rakyat,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin Pakatan Harapan Sabah di sini malam tadi.

Anwar turut mengiktiraf pengorbanan dan keperitan yang dilalui wartawan dalam memenuhi komitmen profesion mereka sambil menggesa agar para wartawan terus bekerja dengan penuh semangat.

HAWANA disambut pada 29 Mei setiap tahun dan untuk 2025, Majlis Kemuncak Sambutan HAWANA akan diadakan pada 14 Jun ini di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dengan perasmian oleh Perdana Menteri.

HAWANA yang dianjurkan Kementerian Komunikasi dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sebagai agensi pelaksana akan menampilkan pelbagai acara termasuk Pesta Pantun pada 31 Mei dan majlis prapelancaran bersama rakan strategik di Wisma Bernama pada 3 Jun serta forum media anjuran bersama Institut Akhbar Malaysia (MPI) pada 14 Jun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan