Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roland pada Sidang Media Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025. Foto TVS

Waktu operasi sempadan Sarawak-Brunei dilanjut sempena Sambutan Keputeraan Agong ke-17

LIMBANG, 29 Mei: Waktu operasi di sempadan Sarawak–Brunei akan dilanjutkan sepanjang tempoh Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Negeri Sarawak 2025 yang berlangsung di Limbang dari 11 hingga 15 Jun ini.

Menteri yang bertanggungjawab bagi Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata perkara itu sudah dibincangkan bersama pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk memudahkan pengunjung termasuk dari negara Brunei bagi bersama-sama memeriahkan sambutan itu.

Roland yang juga Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) berkata selain itu pelbagai persiapan rapi sudah dijalankan termasuk aspek keselamatan melibatkan agensi berkaitan bagi memastikan kelancaran sepanjang sambutan diadakan.

“Pihak operasi di sempadan iaitu pihak Jabatan Imigresen Malaysia memang membuat persediaan begitu juga pihak keselamatan dan sebagainya telah bersedia untuk membuat apa yang perlu (termasuk lanjutan masa operasi di sempadan), itu sedang diusahakan,” katanya pada Sidang Media Sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-17 Peringkat Sarawak 2025 disebuah hotel terkemuka di Limbang hari ini.

Turut sama ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Residen Bahagian Limbang Unos Tambi dan kenamaan lain. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan