Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahmudin bersama anggota mempergiatkan kempen keselamatan di rumah panjang luar bandar Bintangor. Foto BBP Bintangor

Gawai: Bomba sasar sifar kebakaran rumah panjang di Bintangor

ByTVS

BINTANGOR, 29 Mei: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menetapkan kadar sasaran sifar kebakaran di rumah panjang sekitar kawasan Bintangor menjelang sambutan Hari Gawai tahun ini.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Mahmudin Narudin, pihaknya mempergiatkan kempen keselamatan kebakaran serta menjalankan rondaan di rumah panjang bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk terhadap bahaya kebakaran.

“Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya komuniti rumah panjang, terhadap aspek keselamatan kebakaran semasa musim perayaan. Hari Gawai Dayak adalah masa yang dinanti-nantikan untuk berkumpul, meraikan budaya dan memperkukuh silaturahim.

“Namun, dalam kegembiraan, kita tidak boleh alpa terhadap aspek keselamatan,” katanya kepada media hari ini.

Tambah beliau, antara risiko yang perlu diberi perhatian termasuk penggunaan elektrik yang tidak selamat, dapur terbuka serta pembakaran terbuka yang tidak terkawal.

Mahmudin berkata, sekurang-kurangnya 10 rumah panjang di Daerah Julau dan Daerah Pakan dikenal pasti sebagai lokasi berisiko tinggi kerana terletak jauh dari balai bomba dan sukar diakses melalui jalan raya.

Malah, pasukan bomba perlu menggunakan feri atau bot untuk ke lokasi berkenaan, sekali gus memanjangkan masa respons kecemasan.

Sehubungan itu, pihak bomba turut menjalankan Pemeriksaan Pengenalpastian Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) di beberapa premis termasuk homestay, sebagai sebahagian daripada kempen keselamatan sempena Hari Gawai 2025.

Selain itu, taklimat kesedaran keselamatan juga telah diadakan melibatkan lima rumah panjang iaitu Rumah Margreta, Rumah Kelangan Buluh Julau, Rumah Philip Janting Nyabong Ulu Bejawai, Rumah Frankie, Rumah Bunya, dan Rumah Fabian Nanga Dong, Nanga Entabai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan