Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan (MOLIT) Republik Korea Selatan Park Sang Woo.

Malaysia-Korea Selatan kukuh kerjasama pembinaan, pengangkutan pintar

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 29 Mei: Malaysia dan Republik Korea Selatan terus mengukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang pembinaan dan pengangkutan pintar melalui pelbagai inisiatif strategik.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia termasuk penganjuran Seminar Kerjasama Teknologi Jalan dan Pembinaan serta rundingan Memorandum Persefahaman (MoU) baharu.

“Rundingan pusingan pertama diadakan di Kuala Lumpur pada 16 April lalu manakala pusingan kedua berlangsung hari ini dan esok di Suwon.

“Adalah menjadi harapan kedua-dua pihak agar MoU ini dapat dimuktamadkan dan ditandatangani sempena Sidang Kemuncak ASEAN-Korea Selatan yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini mengenai lawatannya sempena penyertaan Malaysia dalam Forum Sistem Pengangkutan Pintar (ITS) Asia Pasifik 2025 yang berlangsung Suwon, Korea Selatan.

Bersempena lawatan itu, beliau turut mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan (MOLIT) Republik Korea Selatan, Park Sang Woo.

Pada masa sama, Nanta percaya kerjasama strategik itu akan membuka peluang lebih luas dalam aspek pemindahan teknologi, peningkatan keupayaan dan pembangunan infrastruktur lebih cekap, selamat serta mampan di Malaysia.

Usaha tersebut juga selari dengan hala tuju Malaysian ITS Roadmap 2030 yang memberi tumpuan kepada mobiliti masa hadapan yang pintar, inklusif dan berdaya tahan. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan