Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Reaksi ketua jurulatih Manchester United Ruben Amorim pada perlawanan Piala Cabaran Maybank Malaysia 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Foto Bernama

Amorim ambil tanggungjawab kekalahan mengejut kepada ASEAN All-Stars

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Ketua jurulatih Manchester United Ruben Amorim tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas skuad bimbingannya tewas mengejut 0-1 kepada pasukan ASEAN All-Stars dalam saingan Piala Cabaran Maybank di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Kekalahan itu mengejutkan penyokong, yang menunjukkan rasa tidak puas hati sejurus perlawanan tamat, sekali gus dianggap sebagai satu reaksi di luar jangkaan daripada penyokong The Red Devils, khususnya peminat setia dari Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Pengendali kelahiran Portugal itu bagaimanapun menerima segala kritikan dengan hati terbuka dan mengakui kekecewaan yang diluahkan peminat pada aksi pertama jelajah pramusim mereka di Asia.

“Saya sentiasa bertanggungjawab terhadap prestasi pasukan, tidak kira apa jua keadaannya. Ejekan rasa tidak puas hati daripada peminat, saya rasa itu mungkin sesuatu yang perlu kami terima.

“Jika mereka (peminat) lihat (corak permainan Manchester United) tidak menjadi, reaksi mereka akan berubah,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.

Amorim, yang kecewa dengan keputusan itu berkata juara Liga Perdana Inggeris sebanyak 13 kali itu sepatutnya beraksi lebih baik dan memenangi perlawanan berkenaan.

Jurulatih berusia 40 tahun itu mengakui skuad bimbingannya bermain dengan corak permainan yang perlahan dan kurang agresif dalam usaha menewaskan pasukan kendalian Kim Sang-sik.

Walaupun kekalahan itu mengecewakan, terutamanya United dijangka mampu mencatat kemenangan mudah, Amorim berkata perkara paling penting kini adalah bangkit semula dan memperbaiki prestasi pasukan.

Pemain dari Myanmar Maung Maung Lwin muncul wira pasukan ASEAN All-Stars apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71, sekali gus melakukan kejutan besar ke atas gergasi bola sepak England berkenaan.

Manchester United dijadualkan meneruskan jelajah pramusim mereka dengan perlawanan menentang skuad kebangsaan Hong Kong di Stadium Hong Kong esok. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan