Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki ditahan selepas cuba meragut rantai leher seorang wanita di Jalan Mexwell, Rawang dekat sini Ahad lepas. Foto hiasan Envato

Polis tahan suspek kes ragut, giat kesan seorang lagi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Mei: Seorang lelaki ditahan selepas cuba meragut rantai leher seorang wanita di Jalan Mexwell, Rawang dekat sini Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata dalam kejadian 5.25 petang itu, suspek bersama seorang lagi rakan yang masih bebas meragut mangsa berusia 45 tahun yang sedang memasuki kenderaannya selepas membeli barang.

“Suspek bertindak merentap rantai emas mangsa sebelum cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan suami wanita itu dengan bantuan orang awam.

“Rakan suspek bagaimanapun berjaya melarikan diri menaiki motosikal dan akibat kejadian berkenaan mangsa mengalami kecederaan di bahagian dada dan lutut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noor Ariffin suspek yang berusia 31 tahun kini direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan semasa rompakan.

Katanya usaha mengesan seorang lagi suspek giat dijalankan dan sesipa yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pengawai penyiasat Insp Muhammad Hakimir Razally di talian 011-33352585 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di 03-61262222.

Terdahulu, tular video kejadian itu berdurasi 18 saat yang memaparkan suami mangsa bertindak pantas menangkap suspek yang meragut rantai isterinya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan