Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Foto UKAS

RM167.52 juta diperuntuk bagi pemulihan pasca bencana di Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 28 Mei: Kerajaan Sarawak terus menggandakan usaha pemulihan pasca bencana dengan meluluskan 103 projek infrastruktur bernilai RM167.52 juta setakat April 2025.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, langkah proaktif ini bukan sahaja mempercepat pemulihan kawasan terjejas, malah mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara walau diuji bencana.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 54 projek telah siap sepenuhnya, 18 sedang dalam pembinaan, manakala 31 lagi berada di peringkat pra-kontrak.

“Menyedari cabaran ini, Kerajaan Sarawak terus berusaha melaksanakan kerja-kerja pembaikan kecemasan yang penting bagi menangani isu-isu tersebut dengan segera.

Sehingga April 2025, sebanyak 103 projek bernilai RM167.52 juta telah diluluskan, menunjukkan peningkatan sebanyak 28 projek berbanding 75 projek yang telah dilaporkan semasa Persidangan DUN yang lalu,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Selain itu, Uggah berkata Sarawak turut memperuntukkan dana bagi kerja-kerja pembaikan infrastruktur kecemasan kecil di bawah Tabung Bantuan Kerja Kecemasan Kecil (MEWAF).

“Sehingga kini, sebanyak 31 projek bernilai RM6.66 juta telah berjaya disiapkan bagi tahun 2023 dan 2024.

Di samping itu, sebanyak 48 projek baharu berjumlah RM11.9 juta telah diluluskan dari tahun 2023 hingga 2024 untuk dilaksanakan,” jelas beliau.

Pada masa sama, Sarawak katanya, turut meluluskan tambahan peruntukan sebanyak RM100 juta bagi menampung kos pemulihan semua infrastruktur yang rosak akibat banjir Monsun Timur Laut.

Usaha proaktif ini adalah amat penting bukan sahaja untuk memulihkan hubungan dan jaringan infrastruktur, tetapi juga bagi memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk yang terjejas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan