Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kampung Santubong menjadi saksi kepada pelaksanaan program komuniti berimpak tinggi, Gabungan Inisiatif Lestari Santubong 2025 hasil kerjasama erat antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), komuniti tempatan dan dua rakan strategik iaitu Persatuan Komuniti Usahawan Inovasi Sosial (PerKUIS) serta UNIMAS Martial Arts of Excellence Association (UMAX). Foto UNIMAS

Pelajar UNIMAS perkasa komuniti demi alam sekitar

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 28 Mei: Kampung Santubong menjadi saksi kepada pelaksanaan program komuniti berimpak tinggi, Gabungan Inisiatif Lestari Santubong 2025 hasil kerjasama erat antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), komuniti tempatan dan dua rakan strategik iaitu Persatuan Komuniti Usahawan Inovasi Sosial (PerKUIS) serta UNIMAS Martial Arts of Excellence Association (UMAX).

Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan kepada pihak media, inisiatif yang mengangkat tema ‘Dari Pelajar untuk Komuniti – Satu Misi, Demi Alam Lestari’ tersebut menyatukan 175 pelajar UNIMAS daripada lima subteras Mata Pelajaran Umum (MPU) dalam satu pendekatan menyeluruh yang menggabungkan pendidikan, kesedaran alam sekitar, pembangunan komuniti dan inovasi sosial.

Antara pengisian utama program termasuklah bengkel keusahawanan sosial, penghasilan kandungan media sosial bertemakan alam sekitar, fotografi digital, aktiviti renang asas serta demonstrasi seni mempertahankan diri.

Kesemua aktiviti tersebut diselaraskan dengan matlamat pembangunan lestari (SDGs) menjadikan projek ini bukan sekadar pendidikan teori tetapi aksi nyata di lapangan.

Ketua Kaum Kampung Santubong, Hardy Morni menyifatkan inisiatif tersebut sebagai lambang sinergi yang berjaya antara golongan mahasiswa dan masyarakat setempat.

“Gabungan inisiatif ini memperlihatkan semangat mahasiswa yang menyumbang kepada komuniti.

“Ia bukan sekadar projek pelajar tetapi satu usaha bersepadu demi masa depan Santubong yang lebih lestari dan inklusif,” katanya.

Kerjasama erat dengan sekolah rendah dan sokongan padu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melalui Program Sokongan Ibu Bapa dan Guru (PSIG) turut memperkukuh jaringan antara pendidikan tinggi dan pendidikan asas di kawasan luar bandar.

Penyertaan PerKUIS dan UMAX pula memperluas impak program dari sudut pembangunan sahsiah, keusahawanan belia dan pengurusan acara menjadikan Santubong sebagai medan inovasi sosial berasaskan komuniti yang boleh dicontohi di peringkat nasional.

Dengan semangat gotong-royong dan visi alam sekitar yang mampan, program tersebut dijangka membuka jalan kepada kerjasama lebih luas melibatkan agensi kerajaan, NGO dan sektor swasta, sekaligus meletakkan Santubong sebagai model integrasi universiti-komuniti untuk kelestarian masa depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan