Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Alif (memakai pelitup muka) didakwa membunuh Nur Farah Kartini antara jam 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai di Ladang SKC Kledang, Hulu Selangor. Foto, TVS.

Perbicaan kes bunuh Nur Farah Kartini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam

ByTVS

HULU SELANGOR, 28 Mei: Kes pembunuhan graduan universiti berasal dari Sarawak, Nur Farah Kartini Abdullah yang didakwa dilakukan oleh seorang anggota polis Muhammad Alif Monjani, dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memaklumkan mendapat kebenaran daripada Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

“Kes ditetapkan izin dakwa pada hari ini. Pohon untuk kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam,” kata Timbalan Pendakwa Raya, Eirene Nabila Amani Williams-Hunt.

Sebelum ini, prosiding mahkamah tertangguh berikutan pihak pendakwaan sedang menunggu laporan kimia kes itu.

Nur Farah Kartini, 26, dilaporkan hilang pada 10 Julai tahun lepas dan mayatnya ditemukan lima hari kemudian di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Pada 26 Julai tahun lalu, Muhammad Alif yang berpangkat Lans Koperal didakwa membunuh Nur Farah Kartini antara jam 9 pagi 10 Julai hingga 6 petang 15 Julai di Ladang SKC Kledang, Hulu Selangor.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan