Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) menerusi Inisiatif Baharu yang dilaksanakan sejak Oktober 2010 telah mencatat pencapaian ketara apabila lebih 1.2 juta hektar tanah berjaya diukur secara perimeter sehingga 30 April lalu. Foto hiasan, Envato.

1.2 juta hektar tanah NCR diukur, lebih 99,000 lot individu diwartakan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 28 Mei: Sebanyak 1.2 juta hektar Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) telah diukur secara perimeter sejak program dimulakan pada 2010 hingga April 2025, dengan 935,760 hektar telah diwartakan sebagai Rizab Komunal Bumiputera di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata inisiatif berkenaan dilaksanakan dalam Program Pengukuran Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) melalui pendekatan berfasa, kini merangkumi pengukuran lot individu bagi mempercepatkan pengeluaran hak milik sah kepada rakyat.

“Kerajaan amat serius dalam mengiktiraf dan melindungi tanah Hak Adat Bumiputera melalui pengukuran, pengwartaan dan pemberimilikan tanah,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan bagi Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar dalam Persidangan DUN Sarawak hari ini.

Menurut beliau, bermula tahun 2017, program itu diperluas dengan fokus terhadap pengukuran lot individu di bawah Seksyen 18, sejajar dengan komitmen kerajaan untuk mempercepatkan proses pemberian hak milik tanah sah kepada pemilik yang layak.

“Setakat April 2025, sebanyak 99,438 lot individu melibatkan keluasan 118,749 hektar telah berjaya diukur,” jelas beliau.

Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama daripada penuntut tanah bagi melancarkan proses di lapangan.

“Penuntut tanah digalakkan hadir semasa kerja pengukuran dilaksanakan untuk mempercepatkan proses penandaan sempadan tanah,” katanya lagi.

Tambah Awang Tengah, kerajaan Sarawak akan terus menyalurkan peruntukan bagi tujuan ini, selain turut menerima dana daripada Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh pelaksanaan program secara menyeluruh.

“Kita akan terus memperhebat pelaksanaan program ini dan memastikan hak dan kepentingan rakyat sentiasa terpelihara,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan