MIRI, 28 Mei: Sebuah rumah terbakar di Kampung Haji Wahed Pujut Padang Kerbau 5 di sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 5.15 pagi dengan menggerakkan 17 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dan BBP Miri Sentral ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis struktur tidak kekal yang telah terbakar keseluruhan.
“Tiada mangsa dilaporkan di lokasi ketika kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pihak bomba bertindak melakukan operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran hos 200 kaki, dua nozel dari pam jentera sehingga api berjaya dipadamkan sepenuhnya.
Kerja-kerja overhaul dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api.-TVS