Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Barisan ahli SHEDA merakam kenangan sambil memegang borang penyertaan Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2025. Foto TVS

Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2025 kini dibuka untuk penyertaan

ByRegina Lee

KUCHING, 27 Mei: Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) hari ini secara rasmi membuka penyertaan bagi Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2025 yang menjadi antara pengiktirafan tertinggi dalam industri hartanah negeri ini.

Penyertaan dibuka kepada semua pemain industri, termasuk ahli dan bukan ahli SHEDA, bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam sektor pembangunan hartanah dan perumahan.

Bekas Presiden SHEDA yang juga Pengerusi Penganjur Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2025, Dato Alex Ting Kuang Kuo berkata, penyertaan amat digalakkan kerana anugerah ini merupakan platform terbaik untuk para pemaju mengetengahkan kepakaran masing-masing.

“Anugerah ini juga bertujuan untuk menggalakkan inovasi dalam teknologi pembinaan, reka bentuk seni bina kreatif, strategi pemasaran yang progresif serta perkhidmatan pengurusan hartanah.

“Ini merupakan peluang untuk menunjukkan kemampuan industri dalam menyumbang kepada pembangunan mampan dan memenuhi keperluan masyarakat,” katanya pada Malam Penghargaan Media & Pelancaran Anugerah Kecemerlangan SHEDA 2025.

Anugerah ini menurut beliau akan dinilai oleh panel bebas yang terdiri daripada profesional industri terkemuka, termasuk wakil daripada Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM) Cawangan Sarawak, Institusi Jurutera Malaysia (IEM), Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Institut Perancang Malaysia (MIP), Institut Arkitek Malaysia (PAMSC), Institut Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (RISM), FIABCI Malaysia, dan GreenRE Sdn Bhd.

“Tahun ini, terdapat lima kategori utama dibuka untuk penyertaan iaitu Perumahan Berkembar (Landed Residential), Pembangunan Strata, Pembangunan Rumah Mampu Milik, Komersial dan Pelan Induk (Master Plan).

“Selaras dengan agenda hijau Kerajaan Sarawak, reka bentuk dan strategi mesra alam juga akan diberi keutamaan dalam proses penilaian,” katanya.

Pada acara sama, Alex mendedahkan bahawa majlis penganugerahan akan diadakan semasa Majlis Makan Malam Tahunan SHEDA yang dijadualkan berlangsung pada 1 November depan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).

Menariknya, para pemenang juga akan disenarai pendek secara automatik untuk Anugerah Hartanah Malaysia (Malaysia Property Award – MPA) 2025 anjuran FIABCI Malaysia, tertakluk kepada syarat dan ketetapan MPA.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 11 Julai 2025 dan untuk maklumat lanjut, boleh hubungi sekretariat SHEDA di secretariat@sheda.org.my atau talian 082-366334. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan