Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahakarya; Hikayat Datu Merpati yang akan diterbitkan semula hujung tahun 2025. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Mahakarya Hikayat Datu Merpati diterbit semula hujung 2025

ByAsmah Adenan

KUCHING, 28 Mei: Buku Mahakarya Hikayat Datu Merpati bakal diterbitkan semula dengan wajah baharu menjelang hujung tahun ini, kata Pengurus Besar Yayasan Budaya Melayu Sarawak (YBMS), Datu Sanib Said.

Menurutnya, usaha menerbitkan semula karya bersejarah itu dilakukan bagi memastikan khazanah berharga tersebut terus kekal untuk tatapan generasi akan datang.

Datu Sanib Said menunjukkan anugerah yang diterimanya baru-baru ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

“Buku ini asalnya ditulis dalam tulisan Jawi, dan kini sedang dalam proses dirumikan bagi memudahkan pemahaman pembaca masa kini, khususnya yang berminat dengan sejarah.

“Setakat ini, kerja-kerja penerbitan telah siap sekitar 60 peratus dan kami juga sudah menyiapkan reka bentuk baharu,” katanya ketika ditemui TVS baru-baru ini.

Tambah Sanib, Hikayat Datu Merpati ditulis pada tahun 1932 dan pertama kali diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 1989.

“Dalam projek kali ini, saya dibantu oleh dua individu – seorang bertanggungjawab dalam kerja-kerja rumian dan seorang lagi melakukan penyelidikan terhadap isi kandungan.

“Sebaik sahaja buku ini siap diterbitkan, saya akan meneruskan usaha menghasilkan Syair Santubong kerana saya memiliki banyak bahan manuskrip berkaitannya,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan