KUALA LUMPUR, 27 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sedang berehat di Institut Jantung Negara (IJN) atas faktor kelesuan selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
“Baginda merasakan sedikit letih dan sedang berehat di IJN,” katanya pada sidang media selepas Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Tedahulu, Sultan Hassanal Bolkiah telah berangkat ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 di sini pada 25 Mei lalu dan menghadiri sidang selama dua hari.
Baginda turut menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN GCC-China awal petang tadi dan pada sebelah pagi menyertai Sidang Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).-TVS.