Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) mengenal pasti sebanyak 661 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) Foto fail TVS

661 PPS di Sarawak sedia diaktifkan hadapi Monsun Timur Laut

ByHandy G

KUCHING, Mei 27: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) mengenal pasti sebanyak 661 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) akan datang.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah, berkata inisiatif itu disediakan untuk menempatkan mangsa bencana dengan selamat dan memastikan bantuan disalurkan dengan kadar segera.

“Depoh simpanan keperluan bencana utama terletak di Samarahan, dengan mini depoh di Miri dan Lawas, serta 16 stor bencana di pejabat kebajikan bahagian dan daerah.

“Selain itu, terdapat 31 pangkalan hadapan bencana di seluruh Sarawak bagi memastikan bantuan dapat disalurkan dengan cepat dan berkesan,” kata beliau pada sesi penggulungan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Sebagai bukti komitmen kerajaan dalam meringankan beban mangsa bencana, Fatimah turut mengumumkan bahawa kementerian melalui JKMS telah menyalurkan bantuan bernilai RM21.1 juta kepada 168,574 mangsa bencana dari Januari hingga 30 April 2025.

Kerajaan Sarawak menurutnya, turut meluluskan kadar baharu bantuan bencana yang berkuat kuasa mulai tahun 2025.

“Bantuan ini merangkumi bekalan makanan peringkat awal secara one-off pada kadar RM75 untuk satu pek bagi isi rumah yang mempunyai antara satu hingga lima orang.

“Bantuan segera pula merangkumi wang saku sebanyak RM200 seorang, pakaian harian bernilai RM300 seorang, makanan kering RM100 seorang, dan kelengkapan tidur pada kadar RM200 seorang.

“Bantuan persekolahan juga disediakan secara one-off yang merangkumi pakaian sekolah termasuk pakaian seragam dan kasut dengan nilai RM300 seorang, serta peralatan sekolah seperti beg dan alat tulis pada kadar RM200 seorang,” tambahnya.

Selain itu, bantuan peralatan dapur diberikan secara ‘one-off’sebanyak RM1,000 bagi sebuah rumah, manakala bantuan perlindungan pula diberikan untuk membeli bahan binaan kediaman sementara atau sewaan rumah dengan kadar minimum RM1,000 hingga maksimum RM10,000 bagi sebuah rumah.

“Bagi mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara, bantuan makanan harian disediakan sama ada dalam bentuk makanan bungkus atau catuan makanan untuk dimasak dengan kadar RM50 seorang sehari.

“Bantuan makanan kering juga diberikan kepada mangsa yang terputus hubungan pada kadar RM100 untuk satu pek seorang bagi tempoh seminggu,” tambah beliau.

Beliau menegaskan komitmen JKMS dalam memastikan mangsa bencana di Sarawak mendapat bantuan sewajarnya sepanjang menghadapi cabaran Monsun Timur Laut. — TVS

Tags: #monsun, dun, jkms

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan