Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Annuar Rapaee ketika ditemui media di Kompleks DUN Sarawak di sini pada Selasa. Foto TVS

Manfaatkan pendidikan percuma, jangan persiakan peluang

ByShafik Ahmad

KUCHING, 27 Mei: Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan (MEITD) mempunyai pendekatan tersendiri dalam memastikan pelajar yang terlibat dengan dasar pendidikan tinggi percuma benar-benar memanfaatkan peluang yang ditawarkan.

Walaupun pelajar yang layak itu tidak terikat dengan apa-apa kontrak, Timbalan Menterinya, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata mereka perlu menamatkan penganjian dalam tempoh yang ditetapkan.

“Kita ada (pendekatan) sebenarnya, sebab kursus yang ditawarkan ada yang tiga tahun hingga lima tahun.

“Walaupun kita tidak mengikat mereka (dengan kontrak), tetapi takkan mereka hendak habiskan pengajian itu sangat lama sehingga 10 tahun, meski pendidikan itu percuma sekalipun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Kompleks DUN Sarawak di sini pada Selasa.

Beliau menegaskan setiap kursus pengajian itu perlu dilaksanakan mengikuti durasinya tersendiri.

“Maka dari situ kita dapat memastikan mereka dapat melanjutkan pengajian dengan serius,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Annuar berkata peluang yang ditawarkan oleh kerajaan negeri menerusi dasar pendidikan percuma yang bermula tahun depan itu harus dimanfaatkan sepenuhnya anak Sarawak.—TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan