Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sejak Januari 2025, lebih 23 permohonan geran telah diluluskan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM582,000.

MYSED salur RM582,000 geran rangsang inovasi belia Sarawak

ByAdlina Rahman

KUCHING, 27 Mei: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED) Sarawak komited memperkasakan golongan belia negeri ini melalui pemberian Geran Sokongan MYSED bagi merangsang kreativiti, inovasi serta menjana nilai sosial dan ekonomi.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata sejak Januari 2025, lebih 23 permohonan geran telah diluluskan dengan jumlah keseluruhan mencecah RM582,000.

“Sebanyak 17 peratus daripada inisiatif yang dibiayai berjaya menjangkau lebih 50,000 individu, satu pencapaian yang membuktikan kesungguhan pertubuhan belia dalam menganjurkan program berimpak tinggi dan berteraskan komuniti,” katanya ketika sesi penggulungan kementeriannya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan lebih banyak kumpulan belia tampil memanfaatkan peluang yang ditawarkan di bawah geran tersebut.

“Sokongan strategik melalui program pembangunan kapasiti, pembangunan sukan dan galakan keusahawanan ini bukan sahaja membuka potensi akar umbi, malah menyumbang ke arah kemajuan mapan golongan belia serta komuniti di negeri ini,” ujarnya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan