Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penunggang wanita warga emas berusia 71 tahun menjadi mangsa ragut seorang penunggang lelaki di Jalan Tembaga di Taman Greenview, Jelutong di sini semalam. Foto, media sosial.

Lelaki ragut rantai emas penunggang wanita 71 tahun diberkas polis

ByTVS

GEORGE TOWN, 27 Mei: Penjenayah yang meragut seorang wanita warga emas semasa menunggang motosikal di Jelutong di sini semalam berjaya diberkas polis dalam tempoh kurang 24 jam pada awal pagi tadi.

Suspek lelaki warga tempatan berusia 29 tahun itu ditahan oleh pasukan polis kira-kira pukul 4 pagi di Jalan Lim Khoon Huat di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner (ACP) Abdul Rozak Muhammad berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 71 tahun kira-kira pukul 4.30 petang semalam berhubung insiden berkenaan.

Ujarnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang semasa mangsa bersendirian menunggang motosikal melalui Jalan Tembaga di Taman Greenview, Jelutong.

“Rantainya (leher) telah ditarik oleh seorang penunggang motosikal lelaki yang tidak dikenali.

“Rantai emas mangsa telah terputus dan sebahagian rantai itu disyaki telah dilarikan oleh suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hasil tangkapan berkenaan, polis telah merampas sebuah motosikal dan pakaian yang digunakan oleh suspek semasa melakukan jenayah berkenaan bagi siasatan lanjut.

“Suspek juga didapati positif dadah jenis THC (ganja) dan benzo.

“Suspek juga telah direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 2 Jun depan,” katanya lagi.

Ujar beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, video insiden berkenaan yang dipercayai dirakam orang awam tular di media sosial hari ini apabila memparkan seorang wanita warga emas cuba melawan seorang peragut dalam keadaan dua buah motosikal terbalik di tengah jalan.

Menurut rakaman berdurasi 12 saat itu, penjenayah berkenaan dilihat berjaya melarikan diri dengan sebuah motosikal. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan