Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Don Farrell melihat wujud potensi besar untuk meningkatkan perdagangan Australia dengan Malaysia. Foto, Firdaus Ismail (TVS).

Australia mahu tingkatkan perdagangan dengan Malaysia, ASEAN

ByFirdaus Ismail

ADELAIDE, 26 Mei: Australia berhasrat untuk melonjakkan perdagangannya dengan dengan Malaysia serta negara – negara ASEAN berikutan perkembangan ekonomi global yang kian mencabar.

Menteri Perdagangan dan Pelancongan Australia, Don Farrell berkata, negara itu turut terkesan dengan tarif 100 peratus yang mahu dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap semua filem yang diterbitkan di luar negara.

Jelas Farrell, ketika ini pihaknya sedang berusaha untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan AS bagi menerangkan polisi mereka yang menjunjung prinsip perdagangan adil dan bebas.

“Kami berpendapat bahawa tarif terhadap filem atau barangan lain tidak produktif.

“Australia merupakan negara yang menikmati kemakmuran berdasarkan perdagangan bebas serta adil dan itu merupakan kaedah terbaik untuk meningkatkan taraf hidup rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia yang melawat pejabatnya di Gilles Street, di sini baru – baru ini.

Lawatan itu dianjurkan oleh Jabatan Hubungan Luar dan Perdagangan Australia sempena 70 tahun kerjasama strategik Malaysia dan Australia.

Mengulas lanjut mengenai hasrat meningkatkan perdagangan dengan Malaysia, Farrell berkata, beliau tidak melihat perkara itu sukar untuk direalisikan.

“Kami memberi tumpuan untuk membina lebih banyak peluang dengan Malaysia dan Asia Tenggara.

“Australia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Malaysia dan kami fikir ada peluang untuk membina hubungan (perdagangan yang lebih erat),” tambahnya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan