Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap. Foto TVS

Pembinaan lapangan terbang baharu keperluan mendesak, bukan kemewahan

ByJeeridyne

KUCHING, 26 Mei: Pembinaan lapangan terbang baharu bukan satu kemewahan tetapi keperluan mendesak disebabkan peningkatan penumpang dan kargo.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa, Wilfred Yap berkata, ini kerana pertumbuhan ekonomi Sarawak berada pada tahap terbaik dan pembinaan tersebut membantu merancakkan sektor pelancongan serta menarik pelaburan asing.

“Begitu juga pembangunan pelabuhan laut dalam amat penting untuk masa depan Sarawak sebagai ekonomi maritim. Sebuah pelabuhan moden berkapasiti tinggi akan mengurangkan kebergantungan kita kepada pelabuhan luar seperti Pelabuhan Klang dan Singapura sekali gus membolehkan Sarawak muncul sebagai hab logistik serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini mengenai bantahan ADUN Padungan, Chong Chieng Jen berkaitan projek lapangan terbang baharu Kuching dan pelabuhan laut dalam.

Menurutnya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu dan pelabuhan laut dalam merupakan projek utama untuk memacu ekonomi Sarawak.

“Ia bukan sahaja akan membawa sejumlah besar peluang pekerjaan dan menarik pelaburan asing tetapi juga akan memperkasakan sepenuhnya rakyat Sarawak dan mendorong wilayah ini ke peringkat baharu pembangunan lebih cekap dan teratur.

“Bantahan Chong Chieng Jen terhadap projek Lapangan Terbang Antarabangsa Baharu Kuching dan pelabuhan laut dalam bukan sahaja tersasar tetapi juga merugikan aspirasi ekonomi jangka panjang Sarawak,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan