Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) lantik 10 Ahli Dewan untuk tempoh 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028. Majlis itu disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto Fiqri Razak (TVS)

10 ahli dewan DBKU dilantik

ByAdlina Rahman

KUCHING, 26 Mei: Seramai 10 Ahli Dewan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dilantik oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi memperkukuh hala tuju strategik dan menyokong pelaksanaan inisiatif pembangunan di kawasan Kuching Utara.

Pelantikan tersebut adalah bagi tempoh tiga tahun, bermula 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028 selaras dengan Seksyen 6 The City of Kuching North Ordinance 1988.

Majlis Pelantikan tersebut berlangsung di Dewan Santapan, Dewan Undangan Negeri Sarawak dan disaksikan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, DBKU dan Hal Ehwal Islam), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman.

Daripada 10 ahli yang dilantik, enam merupakan pelantikan semula iaitu Peguam Besar Negeri Sarawak, Dato Sri Saferi Ali, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Pengarah Jabatan Kerja Raya Sarawak, Dr Cassidy Morris, Pengarah Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, Awang Zamhari Awang Mahmood dan Sih Hua Tong.

Manakala empat lantikan muka baharu melibatkan Talhah@Talha Affendi, Abdul Baderi Sahmat, Iskandar Sharkawi dan Abdul Adzim Adzmi Abdul Rahman.

Semua ahli dewan yang dilantik mengangkat sumpah pada majlis tersebut.

Melalui pelantikan tersebut, kesemua Ahli Dewan bakal menjawat peranan untuk menggubal dasar, merancang strategi pembangunan fizikal dan sosioekonomi dan memastikan keterlibatan komuniti secara menyeluruh dalam segala aspek pentadbiran serta perkhidmatan bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan